Senarai Finalis SSF 2018

Kategory Sekolah 

 

Filem Pendek

Kategory Sekolah Tajuk
Sekolah Menengah SMK Putatan Penggantian
SMK Terengganu Batu Nisan Untuk Cikgu
SM St Martin Sayang Abang
SMK Rancha-Rancha, Labuan Kacamata Cinta
SMK Tamparuli One Mark Please
Sekolah Rendah SK Melangkap, Kota Belud Rindu Leteran Ibu
SK Bantayan, Inanam Memori
SJK (C) Pada, Tenom Susahnya Cina
SK Kinabutan, Tawau Jangan Benci Diriku
SK Paguakon, Tenom Bun Untuk Abang

 

Animasi

KATEGORY SEKOLAH TAJUK
Sekolah Menengah SMK Rancha-Rancha, Labuan Sayangi Malaysia : Caraku
SMK Narinang, Kota Belud Epal Biru Cinta Bom
SMK Agaseh, Lahad Datu GADGET
SMK Limbanak, Penampang Love & Hate
SMK Tansau, Penampang Nasib Si Anak Kucing
Sekolah Rendah SJKC Siew Ching, Lahad Datu My Dream Family
SK Kebulu, Keningau BENCiNTA
SK Tiara Permai, Kuala Lumpur Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus
SK Surati, Papar Aku Benci Diriku
SK Paguakon, Tenom ADAM SI PEMBULI

 

 

Kategory Terbuka

 

KATEGORY Tajuk Kumpulan / Nama Penerbit
Filem Pendek Hard Selling Method Laohaj Creation
ADE MOHAMMAD AZMI BIN AWANG LADIS
Sehari yang dipinjamkan THE BROs PRODUCTION
Documentari 3 IDIOTS JARI SAKTI PRODUCTION
Sungai Kinabatanga The River of Life Chia Chee Shiong @ Andy
DEAF Muhammad Zain Zulkarnain bin Ibrahim
PSA/Iklan Ignite Sauce! Fairuz Azrul bin Suip
Yout to decude Fu Chuk Ken
YOLO - You Only Live Once JOEL CHEE WEI JIE

 

 

 

Sabah Screen Fest 2018

Tarikh tutup penyertaan telah dipanjangkan ke tarikh 16 Oktober 2018

 

PENDAHULUAN

Sabah Screen Fest 2018 merupakan penganjuran kali ke-5 sejak tahun 2014. Tema tahun ini ialah “LOVE/HATE”.

Pada tahun-tahun yang lepas, Sabah Screen Fest dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Kategori Sekolah dan Kategori Terbuka.  Karya di bawah Kategori Sekolah adalah filem pendek dan animasi.  Kategori Terbuka pula melibatkan karya berbentuk filem pendek, dokumentari dan iklan.  Tahun ini, Sabah Screen Fest akan menambah satu (1) kategori lagi melibatkan penyertaan negara luar seperti Indonesia, Thailand dan Brunei  iaitu Kategori Terbuka (Jemputan).

 

TUJUAN

Sabah Screen Fest bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada mereka yang terlibat dalam industri kreatif untuk memaparkan hasil karya dan daya kreativiti mereka dalam pembikinan filem pendek, dokumentari ataupun iklan.  Di samping itu, membuka peluang baharu kepada para pelajar sekolah untuk berkecimpung dalam industri kreatif sekaligus sebagai persediaan untuk menempuhi alam pekerjaan kelak.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti akan dijalankan selama tiga (3) hari bermula pada 7 hingga 9 November 2018.  Ia merangkumi seminar, bengkel, dan acara kemuncak iaitu Majlis Anugerah Sabah Screen Fest pada 9 November 2018.

 

OBJEKTIF

  1. Memberikan pendedahan tentang industri kreatif di Negeri Sabah melalui seminar, bengkel dan pameran.
  2. Memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk menceburi industri ini memaparkan karya yang telah dihasilkan bukan sahaja orang awam tetapi juga pelajar Sekolah Rendah dan Menenga.
  3. Memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya dalam pertandingan yang dianjurkan semasa Festival ini.
  4. Mengangkat martabat industri kreatif di Negeri Sabah.